Saturday 29 December 2012

AMPUHNYA ASET ANGKATAN TENTERA MALAYSIA BERPAKSIKAN STRATEGI ( ENTRY TERAKHIR 2012 )

Avibras Astros II kekal menjadi aset pemusnah utama
   BERCUTI PANJANG ?  

Assalammu'alaikum w.b.t. Terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada pengunjung yang tidak putus-putus mengunjungi blog yang tidak seberapa ini . Baru setengah tahun beroperasi namun sudah mencatatkan lebih 10,000+ pageviews , terima kasih sekali lagi .


Saya benar-benar mohon maaf jika artikel saya kali ini kurang berkualiti dan bermutu berbanding sebelumnya . Saya betul-betul tiada 'mood' dan sedih . Perlu masa sebenarnya ingin perah idea .


Sunday 16 December 2012

MEMAHAMI KEPERLUAN MRCA MENGGANTIKAN MIG-29N FULCRUM MENJELANG 2015 (EKSKLUSIF W.O.M.M.S.)

Calon paling hangat menggantikan MIG-29N 
  KEPERLUAN MRCA BAHARU  
Menjelang tahun 2015,barisan pesawat MIG-29N Fulcrum akan dipencenkan . Ini bermakna ,kurang 3 tahun dari sekarang ,negara sekurang-kurangnya perlu menerima batch pertama pesawat MRCA baharu menggantikan khidmat MIG .

Sehingga sekarang , pembelian masih belum dapat dilaksanakan atas sebab-sebab tertentu . Itu belum lagi termasuk tempoh menyiapkan kapal yang saya kira memakan masa sehingga 3 tahun dan ke atas .


Saturday 15 December 2012

MENGKAJI KEPERLUAN PESAWAT ASW (Anti-Submarine Warfare) DAN KISAH PERAIRAN NEGARA (KHAS)

  KESELAMATAN PERAIRAN  
Malaysia selain Indonesia mempunyai  keluasan perairan dan persisir pantai yang sangat luas dan perlu dipelihara

Dengan perairan utama yang penting seperti Selat Melaka dan Laut China Selatan yang sering menjadi laluan perdagangan antarabangsa , ancaman boleh menjelma pada bila-bila masa .

Demi mempertahankan perairan yang mengelilingi Semenanjung Malaysia , Sabah dan Sarawak , TLDM sanggup berkorban menempuh apa jua cabaran.

Saturday 8 December 2012

SENJATA ANTI KERETA KEBAL (ATGM) DALAM DOKTRIN PEPERANGAN DI MALAYSIA

 SENJATA ANTI KERETA KEBAL 
Bercerita mengenai senjata anti kereta kebal , pasti terbayang di dalam benak fikiran anda senjata yang cukup ampuh dan membinasakan yang direka untuk menghentam dan menghancurkan perisai yang ada pada kenderaan berperisai musuh .

Senjata ini meliputi pelbagai jenis antaranya ATGM (anti-tank guided missile -wire / laser / thermal / infrared guidance) , recoilles rifle , RPG (rocket - propelled) , raifel anti-material dan sebagainya .

(MBT short form kepada Main Battle Tank , ATGM short form kepada Anti-Tank Guided Missile)

Saturday 1 December 2012

PENTINGNYA GBAD (Ground Base Air Defence) DAN SAM MEMPERTAHANKAN LOKASI STRATEGIK DI MALAYSIA

  SISTEM PERTAHANAN UDARA / SAM (SURFACE-TO-AIR MISSILE)  

Melihat kepada kecanggihan bom-bom pintar dan peluru berpandu khas untuk permukaan yang telah meluas penggunaanya di serata dunia memaksa banyak pihak dan negara mencari alternatif sistem pertahanan udara untuk menangkis ancaman yang dilihat amat berbahaya ini . Malaysia juga tidak ketinggalan mengorak langkah awal bagi menghadapi ancaman berskala global ini .